Rakan WARTAMAYA

Monday, November 9, 2009

Beri layanan adil pendakwah


KUALA LUMPUR - Kelompok Intelektual Muslim Muda (KIMM) mendesak pihak berkuasa agama di negara ini memberi perhatian kepada lapan resolusi yang dicapai dalam pertemuan ulama-ulama nusantara di sini kelmarin.

Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Dr. Azwira Abd. Aziz, perhatian itu perlu ekoran perkembangan semasa yang melanda masyarakat Islam terutama isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.

"Kita minta pihak berkuasa agama ketepikan sikap prejudis terhadap para ulama dan pendakwah seperti membuat tuduhan sesat tanpa bukti dan alasan yang kukuh," katanya yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.- + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  November 9, 2009 at 12:23 PM  

Nak cakap mengenai islam, tak perlu tauliah sepatutnya!!!

Hj Fakaruddin,  November 9, 2009 at 1:21 PM  

Kebebasan untuk bersuara, dalam ruang lingkup dakwah Islam tidak dapat disamakan dengan kebebasan berceramah ala-Barat seperti yg diminta-minta oleh Dr Asri.

Bukan isu tauliah dan teknikal yg Dr Asri cuba sogok kepada umum untuk dapatkan sokongan simpati, tapi lebih licik lagi ialah percubaan beliau untuk memperlekehkan ulama yg tidak menyebelahi fahaman yg dianutinya.

Manakala Dr Ridhuan Tee dalam artikel ini nampak lebih pakar dalam memahami isu semasa disamping menyampaikan buah fikiran dengan telus dan terang.

Saya lihat percubaan Dr Asri mengaut publisiti melalui media massa ketimbang ukhuwah Islam dalam soal ini.

Blog list