Wajib pertahankan diri, Pemuda PAS diarah siap siaga
[...]
(Gambar:Abdul Halim Rahman)
Petang dan malam semalam, lebih enam orang petugas dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk di Bagan Pinang.
Selain kecederaan, beberapa kenderaan juga turut mengalami kerosakan akibat tindakan ganas itu.
Mengutuk dan menyelar sikap biadap dan kurang ajar itu, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat Ustaz Firdaus Jaafar begitu kesal dengan pihak berkuasa seperti polis dan SPR yang tidak mengambil tindakan cepat untuk memastikan kejadian ganas itu daripada berlaku.
Ini dilihat seolah-olah ada usaha terancang diantara pihak lawan dan polis untuk melumpuhkan dan merosakkan jentera Pakatan Rakyat melalui tindakan provokasi.
Beliau menyebut beberapa contoh aduan yang dilayan sambil lewa oleh polis seolah-olah 'membiarkan ' sahaja kejadian itu berlaku terlebih dahulu.
Firdaus turut membidas kenyataan Exco Pemuda Umno Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid yang bersifat mencabar dan cuba mencetuskan suasana tegang sewaktu kempen di Bagan Pinang.
Megat dilaporkan mengarahkan sejumlah 4,000 pemuda Umno Malaysia untuk turun ke Bagan Pinang dan 'menggantikan' tugas polis untuk menjaga keselamatan jika pihak berkuasa itu gagal mengawal keadaan.
"Dia sudah menghina polis dan dia kata akan turun pasukan pemuda ala komando. Ini satu kenyataan dan tindakan provokasi dan ada usaha merancang untuk mencetuskan huru hara di sini.
"Saya minta polis sdiasat segera kenyataan beliau dan juga insiden yang membabitkan petugas PAS yang dipukul dan dibelasah," katanya ketika ditemui di lokasi yang sama. - + selanjutnya

0 comments:
Post a Comment