Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 15, 2009

Tektik bodoh


BN tidak akan letak calon

SHAH ALAM 14 Okt. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yakin Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Katanya, kes Badrul Hisham dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama seperti kes bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin juga dari PKR yang mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti atas alasan menyambung belajar.

Tegas beliau, BN tidak akan diperdaya dengan taktik penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai memainkan peranan supaya beberapa ADUN dari PKR meletakkan jawatan agar pilihan raya kecil diadakan bagi memilih wakil rakyat baru.

''BN tidak akan meletakkan calon dan kita tidak mahu menari ikut rentak Anwar walaupun kita menang di Bagan Pinang baru-baru ini.

''Prinsip kita mudah, kalau disebabkan kematian kita akan bertanding," jelasnya. - + selanjutnya

Macam la orang leh percaya cakap dia .. he he he
Share/Bookmark

1 comments:

Unknown October 15, 2009 at 11:15 AM  

Free betul Pakatan Rakyat ni ya, jadi ADUN mcm main pondok-pondok tak suka taknak main

Blog list