Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 7, 2009

Tanpa SELCAT, penyelewengan dana oleh BN masih tersembunyi


[...] Demikian pendapat yang dinyatakan salah seorang anggota SELCAT, Shaari Sungib (PAS-Hulu Kelang) ketika ditanya peranan dan kepentingan SELCAT atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor.

"Tanpa pendengaran awam ini, sudah pasti penyelewengan dan penyalahgunaan BN masih tersembunyi tanpa pengetahuan umum yang akhirnya akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri manakala dana rakyat dan kuasa diguna sewenang-wenagnya tanpa sebarang pantauan.

"Lihat sahaja apa yang berlaku kepada PKFZ dan skandal BMF dahulu. Ini terjadi kerana tiada akauntabiliti dan institusi yang memantau seperti SELCAT," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi yang tercetus baru-baru ini tentang proses pengendalian pendengaran awam itu yang mendapat kritikan. - + selanjutnya

Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 7, 2009 at 5:10 PM  

jangan harapkan SPRM, badan bantu rasuah

Blog list