Rakan WARTAMAYA

Monday, October 5, 2009

Syarikat rayu keputusan mahkamah tolak saman RM218 juta


KUALA LUMPUR 5 Okt.— Sebuah syarikat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM218 oleh syarikat itu terhadap UMNO berhubung bekalan barangan semasa pilihan raya umum 2004.

Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan notis rayuan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat lepas melalui Tetuan Termizi & Co.

Peguam Mohd Nazruddin Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiapkan alasan rayuan dan tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendengar rayuan itu.

Pada 10 September lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Anantham Kasinater, yang membenarkan permohonan Umno bagi menolak saman syarikat itu, memutuskan saman terhadap UMNO itu tidak berasas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list