Surat untuk Khalid Ibrahim

[...] Tan Sri,.. masalah yang serius yang menghantui PKR cabang Puchong ini adalah PKR telah dikuasai oleh kumpulan tertentu diperingkat EXCO dan AJK,..mereka begitu dominan menentukan keputusan dalam setiap langkah parti..sehingga telah mengenepikan suara daripada Ketua-ketua Ranting,..yang lebih membimbangkan ialah mereka berpuak-puak.
Untuk pengetahuan Tan Sri,..PKR cabang Puchong menjangkau hingga ke Taman Sri Serdang,..dan kebanyakan Ranting dan ahli berada di Puchong akan tetapi barisan EXCO dikuasai oleh orang Sri Serdang dan mereka mengenepikan langsung ahli dan juga Ranting di Puchong,.dan ini bukannya rahsia lagi bagi ahli PKR Puchong kerana kami telah lama mengidu permainan mereka ini.
Tan Sri,.. saya tidak akan menyenaraikan secara panjang lebar kepada Tan Sri tentang permasalahan PKR Cabang Puchong ini,..akan tetapi saya hanya ingin mengemukakan beberapa keraguan dan kemusykilan yang menghantui ahli-ahli serta ketua-ketua Ranting berkenaan beberapa perkara dan diharap Tan Sri dapat menolong kami untuk campur tangan atas kapasiti Tan Sri sebagai Pengerusi PKR negeri kerana kami telah kurang keyakinan terhadap pimpinan PKR cabang Puchong ini.- + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment