Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 8, 2009

Sudah Lama Musa Seludup Wang Sabah - Jeffrey


Penyeludupan wang haram RM16 juta membabitkan konco Ketua Menteri Sabah, Musa Aman (gambar), bukan sesuatu yang baru. Rakyat Sabah telah lama menjadi pemerhati kepada rentetan penyelewengan kekayaan sumber bumi Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, berkata terlalu banyak wang ringgit milik rakyat Sabah disedut keluar ke kocek Musa Aman dan kroni, Michael Chia Tien Foh, yang mendalangi pembalakan haram di negeri itu.

“Kalau kita tanya siapa Musa Aman di Sabah ini, siapa sahaja, saya ingat 99 peratus mengatakan dia memang terlibat dengan rasuah. Dan dalam ahli-ahli UMNO sendiri telah menimbulkan rungutan dia sahaja yang menyapu semua. Sebab itu dikenali sebagai “vacum cleaner” ujarnya.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu oleh polis Hong Kong kerana menyeludup wang RM16 juta ringgit hasil pembalakan haram. - + selanjutnya

Share/Bookmark

3 comments:

Unknown October 8, 2009 at 1:16 PM  

Bolehkah kita harapkan perompak untuk menangkap perompak?

Unknown October 8, 2009 at 2:11 PM  

Rakyat sabahmasih lagi kabur dari maklumat..
Seperti di Semenanjung dizaman 70an dulu...

silver,  October 9, 2009 at 7:54 AM  

Ramai orang sabah yang tau cakap saja di blog @ di kedai2 kopi tapi tidak pernah betul2 memperjuangkan hak mereka. Kalau pun ada hanya segelitir sahaja. Bukan sebab apa tapi sebab malas mau buat bising. Hidup di sabah tidak la seteruk yang pihak tertentu war2kan. Saya pun dari kampung juga tapi tidak lah terasa teruk betul kemiskinan nie. Kalau sekadar ada pendapatan tanam sayur, bulih jual-jual saya rasa ok ba. Jadi mau kena ka c sedia apa lagi? kalau bising2 sebab air ka, electrik ka, jalan raya ka, should be ok. Tapi if mau cakap pasal pendapatan isi rumah saya rasa tidak sesuai la. Ini kerana bagi saya kita harus berusaha untuk memajukan diri sendiri. Hanya cetusan pendapat!

Blog list