SMS dan blog jadi media penting Bagan Pinang
TELUK KEMANG, Okt 9 — Para pengundi di Bagan Pinang akan menentukan siapakah wakil rakyat pilihan mereka pada 11 Oktober nanti. Dalam tempoh kempen yang hanya berbaki dua hari ini, suasana kelihatan semakin hangat, terutama yang melibatkan perang psikologi, kedua-dua pihak yang bertanding dari kem BN dan PAS semakin rancak berbalas strategi.
Bagi tokoh Umno Pahang, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang juga sedang berkampung di sini, dari pengamatannya jelas bahawa PAS memang terkedepan dalam usaha menguasai perang psikologi ini. Senjata paling mudah dalam perang psikologi pilihanraya hari ini adalah SMS. SMS, jelas Ariff merebak bagai api di Bagan Pinang, contohnya dakwaan 70 peratus anggota tentera di situ menyokong PAS.
Begitu juga dengan hebohnya cerita petugas di markas Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang diserang dan ada yang ditetak. Dakwa Ariff, berita ini juga tersebar melalui SMS dan nyata ia satu pembohongan. Ariff akui memang ada berlaku perbalahan mulut dan pergaduhan fizikal tetapi tidak sampai ke tahap bunuh-membunuh atau mencederakan orang dengan senjata. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment