Rakan WARTAMAYA

Sunday, October 11, 2009

Relax : Kata KULI lebih baik UMNO kalah


Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemenangan untuk calon Umno-BN Isa Samad di Bagan Pinang bermakna kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun kemenangan Isa pastinya dialu-alukan kepimpinan parti ekoran kekalahan berturut-turut Umno, namun dukacita saya katakan bahawa apa yang rakyat dan negara ini perlukan adalah Umno tewas di Bagan Pinang. Ini kerana kita sekali lagi mengetengahkan calon yang terbukti seorang perasuah," kata mantan Naib Presiden Umno itu.

"Kemenangan Isa bermaksud sokongan kepada budaya rasuah amalan parti dan kerajaan yang dipimpin," tegas beliau.

Razalegh menambah atas nama maruah bangsa Melayu dan demi kesinambungan reformasi di negara ini, Umno perlu tewas supaya kekalahan itu menjadi ubat memulihkan kereputan moral parti.

"Rasuah adalah barah yang membunuh Malaysia. Sekiranya ia tidak dibendung, Umno akan dilihat saling tidak tumpah seperti barah itu," kata Razaleigh.- + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 11, 2009 at 2:45 PM  

PM pun perasuah

Blog list