Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 13, 2009

Pindaan perlembagaan Umno boleh hapuskan politik wang, kata Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata pindaan yang dicadangkan terhadap perlembagaan Umno boleh menghapuskan politik wang dalam parti itu selain dapat mengawal tingkah laku para anggota supaya menjadi lebih baik.

Ini, kata Perdana Menteri ialah kerana bilangan anggota yang akan diberikan hak memilih kepimpinan Umno adalah terlalu besar untuk cuba dipengaruhi pihak-pihak tertentu.

"Kalau ada cubaan pun (mengamalkan politik wang), sudah tentulah dapat dikesan kerana jumlah (mereka yang akan menentukan kepimpinan Umno) terlalu besar.

"Kalau 2,500 orang, boleh dibuat dalam gelap," kata Najib, yang juga Presiden Umno pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat kepada anggota perwakilan sempena Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list