Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 15, 2009

Perbandingan : Bagan Pinang 2009 vs Ijok 2007


Jasmin2322@ xxx .my

Saya membandingkan antara Bagan Pinang dan Ijok 28 April 2007. Ada pendapat sesetengah pihak perlu di ambil perhatian. Ia perbandingan antara Pilihanraya Ijok dan Bagan Pinang.

Pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007 telah membuktikan bahawa kejayaan telah di capai oleh BN. Ketika itu calun PR adalah Khalid Ibrahim. Provokasi BN sama seperti yang berlaku di Bagan Pinang. Ramai yang cedera, tidak kurang yang diugut dan rasuah memang dahsyat ketika itu. Akhirnya BN menang dan Khalid dengan ceramah gagapnya telah Berjaya di pergunakan oleh BN untuk mengalahkan PR.

Setahun dari tempoh tersebut, PRU 12 pun muncul. Dan BN kalah.

Apa yang dapat di rumuskan, Pilihanraya kecil adalah tumpuan orang ramai dan rasuah politik berleluasa. Tapi bila Pilihanraya umum pula focus tidak dapat diberi hanya pada satu kawasan. Terpaksa meluaskan skop serangan dan pertahanan. Penumpuan rasuah politik pun menjadi lemah. Peruntukan rasuah terbatas. Dan akhirnya PR menang besar.

Oleh itu, BN tidak boleh mengambil satu kemenangan itu sebagai perubahan rakyat kepada mereka. Kalau UMNO masih kekal dengan perangai monopoli projek dan seleweng wang, maka jangan ingat rakyat sudah berubah, tapi rakyat semakin cerdik berfikir dan mengambil kesempatan.

Namun saya masih ingin nyatakan bahawa kepimpinan PR perlu di ubah. Pada waktu pilihanraya Ijok, kerajaan PR hanya di Kelantan. Maka perbandingan tidak dapat dibuat. Sekarang kerajaan PR boleh dipertikaikan. Tidak ramai yang sedar peruntukan pusat di kekang untuk pembangunan.

Perkara lain yang perlu di ambil berat adalah, mana mana yang dirasakan barua di dalam PR perlu dibuang dan dibersihkan. Kesepakatan di dalam PR perlu dikukuhkan. Di bagan pinang, kerjasama antara 3 parti terlalu lemah. PAS dengan pasnya, PKR Nampak bimbang untuk campur tangan, PAS pula tidak member ruang dan DAP, kurang pembabitan di dalam meraih undi. Atau mungkin mereka-mereka ini tidka mahu membazirkan masa bertumpu pada pilihanraya kecil yang tidak membawa sebarang perubahan.

Kembali kukuh pada PRK 13 nanti.

Terima kaseh
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list