Rakan WARTAMAYA

Sunday, October 11, 2009

Penyokong bergaduh, pemandu ketua polis negeri cedera dipukul


PORT DICKSON 10 Okt. - Ketegangan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sampai ke kemuncaknya hari ini apabila mereka terlibat dalam pergaduhan yang turut mencederakan pemandu kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Mangsa, Lans Koperal Mohd. Faizal Mohd. Zin, 21, cedera akibat dipukul dengan topi keledar oleh salah seorang penyokong dipercayai parti pembangkang ketika cuba menghalang kumpulan orang ramai terbabit daripada menyerang kenderaan yang membawa Ketua Polis negeri itu.

Ketika kenderaan membawa Osman tiba di tempat kejadian, keadaan tidak terkawal dengan penyokong kedua-dua parti sudah mula bergaduh dan saling pukul memukul termasuk menggunakan kayu. - + selanjutnya

ye la tu .. 'dipercayai parti pembangkang?'
He he he ..
main percaya percaya je .... He he
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  October 11, 2009 at 7:05 AM  

kalau pukul orang pembangkang, tapi kes mata lebam anwar, kematian kugan siapa??

denaihati October 11, 2009 at 8:25 AM  

Anon yang salah tetap salah tetapi itu tidak menghalalkan untuk kita bertindak ingatlah kita ada ALLAH yang akan memberi pembalasan kepada yang salah jika tidak di dunia di akhirat kelak.

Blog list