Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 7, 2009

Pemuda UMNO buat laporan polis


KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Datuk S. Nallakarupan baru-baru ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tuduhan berkaitan dengan sumber kewangan Anwar perlu disiasat dengan secepat mungkin dan tidak sepatutnya dilupakan.

''Dalam kenyataannya, Nallakarupan mendakwa Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam kenyataan yang dibuat dalam tahun 1999.

''Menurut akuan berkanun Abdul Murad, Anwar mempunyai RM3 bilion yang disimpan dalam beberapa master accounts,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list