Rakan WARTAMAYA

Saturday, October 10, 2009

Pemandu Ketua Polis Negeri Sembilan cedera dipukul


PORT DICKSON: Pemandu kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, L/Kpl Faizal Mohd Zin, cedera di kepala akibat dipukul beberapa lelaki ketika cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas berhampiran Sekolah Kebangsaan Si Rusa, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang tadi yang dipercayai berpunca daripada provokasi di antara penyokong kedua-dua parti itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, turut ditolak tetapi beliau tidak cedera.

Osman berkata, beliau bersama pemandunya dalam perjalanan pulang ke Markas Polis di pusat bandar selepas melawat pusat pengundian bersama pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sua Betong. - + selanjutnya

Video - Kecoh : Budak sekolah rendah pilih ketua kelas

Provokasi kedua dua pihak .. Hmmm .. mana satu nak kena ni?
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  October 11, 2009 at 7:14 AM  

bekas TPM malaysia, mata lebam dipukul.....

Blog list