Rakan WARTAMAYA

Monday, October 5, 2009

PAS cabar Umno buktikan pembangkang terlibat


PORT DICKSON: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Setiausaha Agung Umno,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuktikan kesahihan surat fitnah yang didakwanya diedarkan oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata Tengku Adnan perlu tampil bagi menjelaskan mengenai perkara sebenar tanpa membuat sebarang tuduhan melulu.

"Beliau kena tampil kalau betul surat itu berunsur fitnah dan kalau betul surat cuba untuk memusnahkan karier politiknya seperti yang beliau dakwa," katanya dalam sidang media di Markas Induk PAS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan Tengku Adnan berhubung surat berunsur fitnah yang bertujuan memecah-belahkan hubungan antara ibu pejabat Umno, Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Teluk Kemang khususnya.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list