Mistik : Tok Moh tangkap serangga
"Mana pulak cangkul aku ni ... weyyyyyy?', rungut Tok Moh sambil mencari cari cangkul yang dicarikan sejak semalam. Tok Moh cadang nak tanam pokok jambu di depan rumahnya. Kalau kalau cucunya pulang ke kampung, sekurang-kurang cucu nya tahu bentuk pokok 'JAMBU BATU'. Maklumlah, orang bandar. Buah tau, tapi pokok tak pernah nampak.
Tiba tiba, kelihatan Leman berlari lari masuk ke lorong depan rumah Tok Moh sambil menjerit "Tok Moh .. Tok Moh !!"
Di tengok Leman berkejar, termengah mengah, sambil tangan terlambai lambai.
"Mendenye .. Leman? Macam di kejar polong?", tanya Tok Moh.
"Di kejar polong tak per Tok Moh. Jangan di kejar bini", jawab Leman, sempat lagi bergurau.
"Salamualaikum Tok Moh .. Ni ...... .. Ladang aku tu diserang serangga.", jawab Leman yang masih lagi termengah mengah.
"Alaikum salam … “ sampok Tok Moh.
“Pulak .. bukan ke sayur kat tempat kamu tu subur subur. AKu tengok minggu lepas?", kata Tok Moh lagi.
"Tu la pasal. Dah 3 minggu tu Tok Moh. Tunggu waktu je tu .. kalau benda cantik, minggu depan aku dah dapat hasil. Tapi semalam aku tengok, serangga datang serang. Aduhh .. habis la aku Tok Moh", rungut Leman.
"Atu .. apesal yang kamu jumpa aku ni? Apa yang boleh aku tolong", tanya Tok Moh. Sambil matanya masih menjeling mencari cangkul yang di cari sejak semalam lagi.
"Daik aihhh ... Aku dah pegi ke Pejabat Pertanian. DIorang pun tak pernah tengok Serangga cam ni. Sorang kerani tu kata, suruh aku jumpa kamu", rayu Leman lagi.
"Pulak .. banyak cengkadak kerani tu .. Serangga yang macam mana tu?", tanya Tok Moh serius.
"Aku pun tak tau .. nampak gaya macam ada 4 jenis. Aku dapat tangkap contoh 4 ekor ni .. ", sambil Leman keluarkan karung plastik di dalam poketnya dan di hulurkan pada Tok Moh.
"Ishk ... kamu ni Leman. Sampai 4 jenis binatang serang ladang kami. Kamu Tak bayar zakat ke? Apa ke jadah ladang nko ni Leman. Dah bertahun tahun, ni pulak cari pasal", rungut Tok Moh .. sambil di ambilnya karung plastik tu.
"Amboiiii ... lain macam je serangga ni Leman", sambung Tok Moh sambil tangannya membelek serangga ditangan.
"Pelik macam mana Tok Moh?", tanya Leman pucat.
"Kamu tengok muka serangga sekor ni ... Dah macam muka si Hassan", kata Tok Moh.
"Hassan? Hassan mana pulak tu? Kamu jangan main main Tok Moh", kata Leman menjeling kat Tok Moh.
"Hah.. cuba kamu tengok ni hah .. Muka Hassan ….. anak Pak Ali duduk kat hujung tanjung tu. Ishkk .. Hassan ke Mustapha .. aku dah tak ingat nama nya", terang Tok Moh lagi.
"Yang ni plak mukanya macam Udin ...", sambil di tonggeng tonggeng serang tu, tengok bontotnya. Kelihatan ada misai kontot kat atas mulutnya yang terjuih.
Leman diam sejenak .. Terpikir dalam kepalanya dan bertanya, "Udin mana pulak tu Tok Moh?"
"Nasa Anak Isa jual Lemang tu ... ", jelas Tok Moh.
"Lagi ... " tanya Leman lagi ..
"Yang ni macam dah haji je .... Tengok kepala serangga ni macam pakai serban, bermisai dan berjanggut", kata Tok Moh sambil memegang serangga yang besarnya, sebesar jali kelingking.
"Aikkk .. Macam aku kenal je. Atu Tok Moh .. apa perlu aku buat sekarang?", kata Leman terketar ketar. Risau benar dia.
"Sebenarnya, dulu dah pernah ada binatang cam ni. Cuma tak der la teruk sangat. Tapi kali ni dah merbahaya ni .. Nko tengok perut masing masing. Macam dah kembong je", jelas Tok Moh, sambil matanya terpejam.
"Kembong? Kuat makan la tu .. Atu .... ?", sampok Leman yang menanti jawapan dari Tok Moh.
"Aku ada 2 cara .. tu pun kalau kamu setuju", kata Tok Moh. Jari ni memicit perut satu dari serangga. Terkeluar lendir biru dari perut serangga tu.
Leman hanya memerhati.
"Yang pertama .. Nko bakar je ladang kau tu ......", kata Tok Moh, dan Leman pun menyambut.
"Apa! ....Bakar?!!! ", jerit Leman terkejut.
"Hahh .. Aku gurau jer .. Baik .. Aku tolong kau halau serangga tu balik ke tempat lama dia.", jawab Tok Moh.
"Boleh halau halau je ke Tok Moh?", tanya Leman.
"Boleh .. serangga ni memang orang letak dalam ladang kamu Leman. Rasanya dah bertahun. Dulu tak macam ni. Dia lepak jer .. sekarang bila dah beranak pinak, baru dia mengganas.", jelas Tok Moh.
"Kalau gitu saya minta tolong Tok Moh", rayu Leman lagi.
"Kamu kumpulkan orang kampung, Aku nak minta diorang bertahlil malam ni. Kalau setuju, kita halau seranggan ni ramai ramai. Kalau di racun, esok datang lagi. Racun, dia datang lagi. Kali ni kita buat sembahyang hajat, minta ramai ramai orang kampung kita halau binatang ni pergi.", kata Tok Moh.
"Minta diorang kumpul lepas Maghrib nanti tau." Sambung Tok Moh lagi.
Leman pun pusing keliling kampong ajak penduduk datang ke rumahnya.
Selepas maghrib, Tok Moh pun mula kan upacara. Selepas sembahyang hajat, orang kampung mula tahlil ramai ramai. Sambil tu Tok Moh turun ke bawah Leman dan dia keluarkan keris pusakanya. Di tepinya obor, Tok Moh di temani Leman. Di letakkan di tepi bara dan Tok Moh mula kan jampi serapah. " Hey mambang kuning, hijau putih dan merah, keris hijau, kain putih, kain merah .. hantu pocong, langsuyir, pontianak, hantu 'jangan pandang belakang', hantu 'congkak'.... mari pada ku. Aku nak bicara, mau berkata ... Jangan lawan, aku raja."
Langit menjadi mendung, petir sabung menyabung. Pokok kiri dan kanan sudah bergoyang. Angin semakin kuat bertiup. Dari arah ladang Leman, kelihatan kepulan benda gelap menuju ke arah Tok MOh. Semakin dekat semakin kuat bunyinya. Tok Moh meletakkan keris di satu kawasan lapang. DI biarkan keris pusakanya itu sebagai umpan.
Sekumpulan serangga terbang rendah mengerumuni keris pusaka Tok Moh .. lama kelamaan, semuanya turun dan seperti mahu mencium keris. Ada yang menjilat, Ada yang menonggeng dan ada serangga yang bodoh, ikut kawanan serangga lain meletakkan bontot mereka ke keris tua Tok Moh.
Tok Moh bangun dan bersilat ... eh Tai Chi kot. Dia capai obor api di tepinya dan di bakar serangga yang berkumpul di keris Tok Moh. Habis terbakai semuanya. Bau binatang terbakar tu macam bangkai. Cuma tinggal seekor serangga yang bentuk nya seperti warna serban, cuba melarikan diri. Tok Moh lari keliling, celah pokok, celah dahan, tercari cari.
"Tok Moh cari apa? !!!", tanya Leman.
"Aku cari ketuanya ni .. Liat sikit orang tua ni", kata Tok Moh sambil mengejar ngejar. Terjumpa akan binatang tu, Tok Moh pun menekan nekan tumit kakinya. Binatang tu mengeluarkan lendir berwarna biru dari perutnya. Prrroooootttt … pot….potttt…. Bunyi aneh ketika serangga itu di tekan tumit kaki Tok Moh.
“Bunyi apa tu Tok Moh?”, Tanya Leman pada Tok Moh.
“Aku terkentut .. “, kata Tok Moh, sambil senyum. “Kamu dengar juga ye?”, sambung Tok Moh.
Selesai semuanya, Leman pun bertanya pada Tok Moh, "Kenapa binatang tu cium keris Tok Moh?"
"Binatang macam tu memang suka keris .. "jelas Tok Moh. Leman terpinga-pinga. "Esok kamu bawa dacing, kamu timbang berat serangga yang dah mati tu", pesan Tok Moh pada Leman. Di atas rumah, orang kampung masih berwirid. Dia pun naik ke atas untuk bersama sama orang kampong bertahlil dan selepas tu semuanya makan tapai yang dibuat oleh bini Leman.
8 comments:
so wartamaya ni pun dan jadi geng tukang kempen anti hasan gak ye entah2 yg karang tu SB/cybertrooper, kita plak jadi alat tukang canang ..sedih, sedih..rupanya cucukan UMNO BN dah berjaya..there is no other way..so stkt ini sajalah kita..there is more to this world then bekeras dan bertegang urat sama kita hanya konon2 nak menegakkan 'textbook' idealisme anda.. what more if it involve your boss.. ada adab ada cara dan ini bukan caranya..
come the next P'Raya kalo Melayu/Non Melayu aku pilih melayu, UMNO/PAS aku pilih PAS, MCA/DAP aku pilih MCA, MIC/DAP aku pilih MIC... PKR (Melayu)/ UMNO ..he heh tgok org..aku mungkin pilih UMNO...PKR, DAP??? Takde..ruling kat atas saja aku pakai.
PAS perlu EGM, singkirkan pimpinan pro UMNO!!!
ahli PAS penuh komitmen untuk memenangkan PAS senang saja kumpulan Hadi, nasa, tantawi dan hasan ali hakis kepercayaan rakyat kepada PAS.
ahli PAS penuh komitmen untuk memenangkan PAS senang saja kumpulan Hadi, nasa, tantawi dan hasan ali hakis kepercayaan rakyat kepada PAS.
perjuangan TG Nik Aziz jelas dalam menentang UMNO dan BN tiada pasang surut, tahniah.
Wartamaya kempen untuk UMNO ke? Berapa dapat upah?
Salam Wartamaya,
Sepatutnya wak lebih berusaha untuk kuat kan perjuangan PAS. Bukan mengentam balik.
Kalau macam ni la blogger PAS, Pas akan hancur tidak lama lagi.
Lepas Isa menang, wartamaya berubah wajah.
Post a Comment