Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 8, 2009

MB Negeri Sembilan Timbang Saman Pembangkang


PORT DICKSON, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau sedang mengkaji kemungkinan menyaman pembangkang yang didakwa melemparkan pelbagai tomahan dan fitnah terhadap beliau dan kerajaan Negeri Sembilan.

Sambil menyifatkan tohmahan pembangkang itu sebagai amat melampau, beliau berkata semua dakwaan yang dilemparkan oleh pembangkang merupakan fitnah yang cuba hendak memburukkan dan menjejaskan imej beliau dan kerajaan negeri.

"Kita dah muak dengan tohmahan mereka...dia orang pakai cakap saja. Kita akan lihat dan kaji, kalau ada kemungkinan yang kita boleh saman, saya akan mengambil tindakan saman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolam air Teluk Kemang di sini , Khamis . - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list