Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 6, 2009

Lihat Kelantan Sebagai Contoh Kegagalan Kerajaan PAS, Kata Muhyiddin


PORT DICKSON, 6 Okt (Bernama) -- Rakyat perlu mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas dan sebaliknya menilai rekod kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun lalu.

"Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di sini Isnin.

"Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di sini Isnin.- + selanjutnya


berkaitan
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan dalam jawapan bertulis beliau bahawa lima negeri yang mempunyai kemiskinan tegar yang tertinggi adalah di Sabah (32400 orang), Terengganu (8300 orang), Perak (5,700 orang), Sarawak (5,200 orang) dan Kedah (5000 orang) - petikan di SINI
dan sini,
Johor negeri paling banyak hutang.
Negeri kuda kepang yang menjadi kubu tradisi BN itu kekurangan wangtunai RM760.79 juta. Ini diikuti oleh Kedah, tanah kelahiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang mengalami defisit RM533.10 juta dan disusuli oleh Pahang, negeri yang gah dengan hasil balaknya yang kekurangan RM303.72 juta.

Di tempat kempat, ialah negeri Kelantan ( defisit RM261.68 juta), diikuti Sabah (RM 110.96 juta), Perlis (RM104.67 juta) dan Terengganu di tangga terakhir (RM94.88 juta). Amat mengejutkan apabila negeri yang kita nampak kata seperti Johor, Sabah dan Terengganu rupa-rupa tidak lebih daripada “ biar papa asalkan bergaya”. - selanjutnya.
dan,
Kerajaan Johor yang diperintah oleh BN didakwa berada dalam keadaan yang kritikal akibat dari bebanan hutang yang kian bertambah.Bebanan hutang itu ditanggung akibat dari pinjaman dari agensi luar negara berjumlah lebih dari RM4 bilion yang telah dibuat sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri. - selanjutnya

Share/Bookmark

4 comments:

Anonymous,  October 6, 2009 at 7:06 AM  

TPM UBN malaysia menerangkan kegagalannya sendiri memajukan kelantan sebuah negeri dalam pemerintahan kerajaan pusat(BN), tahniah

Anonymous,  October 6, 2009 at 7:08 AM  

dah kelantan tak maju mana royalti minyak????BN sengaja memundurkan kelantan

Anonymous,  October 6, 2009 at 7:10 AM  

serupa perancangan yahudi memundurkan palestin dibawah kepimpinan Hamas

DonZaini October 6, 2009 at 8:18 AM  

Satu perbandingan yg bodoh. Kalau nak banding, banding apple dgn apple. Pusat tak bantupun Kelantan, macam mana Kelantan nak sebanding dgn negeri2 lain yang dikuasai BN. Bayangkan satu hari nanti kalau Johor saja diperintah BN, yang lain PR. Mungkin Kerajaan Pusat PR tak bantu Johor. Situasi yg sama akan berleku pada Johor.Macam mana Johor nak bayar hutang yg berlambak tu? Boleh byr tp ambil masa sikit. Macam tu jugaklah dgn Kelantan.

Blog list