Kupon beras: Kemas kini senarai penerima
![]()
PETALING JAYA 18 Okt. - Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) di seluruh negara diarahkan mengemas kini senarai penerima subsidi kupon beras sebelum November ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, MPP perlu mengadakan mesyuarat pada waktu terdekat untuk memastikan nama yang ada sudah cukup lengkap atau perlu ditambah dalam senarai penerima subsidi tersebut.
"Saya mengarahkan MPP di seluruh negara mengenal pasti golongan miskin dan miskin tegar di kawasan Parlimen masing-masing sebelum direkodkan sebagai penerima subsidi tersebut.
"Mereka juga perlu memastikan senarai penerima itu terdiri daripada semua lapisan masyarakat yang layak untuk diberikan subsidi beras secara terus melalui penggunaan sistem kupon," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Petaling Jaya di sini hari ini. - + selanjutnya
Kemas? Senarai orang miskin UMNO? He he he
Atau ada yang jadi tokey beras lepas ni .. sama macam baja dulu.
![]()
1 comments:
Pasti! Sedikit masa lagi ramai orang kuat Umno jadi tokey beras. Hantar beras segantang, tuntut 1000 gantang. Lulus!!!
Kemas kini senarai penerima?...kah..kah..kah!!!
Cuba cek balik penerima Rumah Mesra Rakyat dan Rumah PPRT. Siapa dapat.
Yang dapat orang Umno, kontraktor kelas F, pakai Pejero atau Toyota HiLux tetapi letak atas nama bini! Ceh!!!
Post a Comment