Kes Azeez: Nik Aziz nasihat segerakan berdamai
[...] Namun bagi MUrsyidul Am PAS, insiden pergaduhan yang dikatakan berlaku di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang melibatkan Abdul Azeez Abdul Rahim, bukan isu politik tetapi isu peribadi.
Sehubungan itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru orang ramai supaya lebih bijak mentafsir realiti makna politik dan peribadi di dalam sesuatu kes agar tidak wujud sebarang spekulasi berunsur provokasi antara satu pihak dengan pihak yang lain.
Nik Aziz menegaskan meskipun insiden itu berlaku dalam suasana politik, namun hukuman terhadap perkara yang berlaku itu tidak wajar kalau dikaitkan dengan politik.
“Konteks politik dan peribadi adalah tidak sama. Kita mesti berpandangan jauh bersabit dua perkara ini” katanya ketika mengulas kejadian insiden tersebut selepas merasmikan majlis Penutupan Pesta Air di Pantai Irama Bachok dekat sini malam tadi.- + selanjutnya

0 comments:
Post a Comment