Rakan WARTAMAYA

Sunday, October 4, 2009

Isa Samad bukan anak tempatan, lahir di Melaka


[...] Salahuddin berkata, beliau ingin mengingatkan pengundi di DUN Bagan Pinang bahawa Mohd Isa bukanlah anak jati Negeri Sembilan kerana bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilahirkan di Melaka.

"Tidak mustahil pengundi di sini akan memilih Zulkefly yang merupakan anak jati Negeri Sembilan," katanya.

Tambah beliau lagi, formula hanya pemimpin di kalangan anak tempatan yang boleh memastikan projek-projek pembangunan dijalankan juga tidak boleh diterima.

"Sekiranya isu anak tempatan, isu projek-projek yang BN lakukan menjadi mainan utama dan kononnya orang di luar daerah tak boleh buat.

"Hanya anak tempatan di sini yang boleh melaksanakan projek dengan baik, saya ingin dedahkan mengenai satu projek terbengkalai sewaktu Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar," katanya.

Salahuddin mendakwa, terdapat beberapa projek yang masih terbengkalai seperti pembinaan perhentian bas di kawasan DUN Linggi serta projek naik taraf jalan utama Pasir Panjang ke Linggi sewaktu Mohd Isa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi.- + selanjutnya


Ingat sesumpah je yang boleh tukar kulit.
Share/Bookmark

1 comments:

MANSOR JUNUS October 4, 2009 at 7:29 PM  

Isa samad telah main belakang (blackmailed) bosnya supaya memilih beliau sebagai calun. Maka dengan itu, BN tiada lagilah alasan bahawa mereka serious dalam mengujudkan sebuah kepimpinan dan kerajaan yang bersih seperti dalam slogan 'Satu Malaysia'. Ini sudah baik. Apatah lagi dengan terbongkar pula cerita beliau bukan anak jati NS, ini sudah menjadi lebih baik. Cantik.. cantik...

Blog list