Individu cederakan Azeez dikenal pasti
KLUANG 4 Okt. - Polis telah mengenal pasti individu yang memukul Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Port Dickson, semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka dikenal pasti menerusi maklumat dan kerjasama orang ramai dan pihak media.
Ekoran itu, kata beliau, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu terbabit bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa hadapan.
"Ini bukan kejadian pertama kerana beberapa peristiwa serupa ini pernah berlaku ke atas media, anggota polis dan kini ahli MT (Majlis Tertinggi) UMNO," katanya pada Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sembrong, di Felda Ulu Penggeli di sini hari ini. - + selanjutnya

0 comments:
Post a Comment