Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 8, 2009

Graf sokongan terhadap Najib terus merudum


[...] Menurut poll terbaru yang dibuat oleh Merdeka Centre yang diedarkan hari ini, tahap sokongan kepada Najib turun 9 peratus dalam masa empat bulan berbanding dengan bulan Jun lalu.

Jun lalu, tahap sokongan kepada Najib adalah 65 peratus manakala poll terbaru mendapati tahap sokongan kepada beliau turun kepada 56 peratus sahaja, lapor laman web The Malaysian Insider.

Poll yang dibuat sempena enam bulan Najib menjadi Perdana Menteri itu mendapati rakyat tidak berpuashati dengan pencapaian Najib tentang korupsi dan kejadian jenayah yang terus meningkat.

Namun mereka berpuashati dengan usaha Najib untuk memperbaiki sistem pendidikan, pengurusan ekonomi dan kecekapan kerajaan. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list