Rakan WARTAMAYA

Saturday, October 10, 2009

EGM MCA: Perwakilan buat keputusan dramatik


KUALA LUMPUR: Para perwakilan MCA membuat keputusan dramatik pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pada Sabtu.

Dalam EGM tersebut, perwakilan parti meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 14 undi.

Perwakilan turut menolak usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden, kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bagaimanapun, EGM itu menyokong usul Soi Lek diterima semula sebagai anggota parti. Pegawai yang terlibat dalam EGM tersebut berkata keputusan dramatik yang dibuat perwakilan di Mesyarat Agung Khas MCA hari ini menyebabkan parti terpaksa merujuk semula kepada perlembagaan parti. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list