Dakwaan Pas tidak berasas
PORT DICKSON 8 Okt. - Dakwaan Pas bahawa ahli Pergerakan Pemuda UMNO melakukan serangan ke markas mereka termasuk mencederakan ahlinya menggunakan pedang Samurai dan batang besi tidak berasas sama sekali.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, itu semua merupakan propaganda parti itu untuk meraih simpati ekoran kempen mereka tidak mendapat sambutan.
Katanya, ini kerana tidak ada laporan polis dibuat berhubung dakwaan itu sebaliknya mereka hanya menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anggota Pas di seluruh negara untuk memberitahu kononnya kejadian itu berlaku.
"Tetapi tidak ada laporan polis. Bila tidak ada laporan polis bermakna ia sengaja diada-adakan untuk menakutkan pengundi," katanya pada sidang akhbar di pusat operasi Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini hari ini. - + selanjutnya
Dakwaan yang berasas adalah Azeez ke pelempang tu hari ... he he he
0 comments:
Post a Comment