Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 6, 2009

Cicit Tunku Abdul Rahman Selar Konsep 1Malaysia


Cicit Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj menyelar konsep 1Malaysia tajaan Najib Razak sambil menegaskan bahawa perpaduan tulen tidak mungkin dicapai selagi slogan "Ketuanan Melayu" didokong dan kepentingan kaum lain terus dipinggirkan.

Sharyn Lisa Shufiyan, 24, berkata rakyat Malaysia tidak perlu disogok dengan propaganda kerajaan atas nama perpaduan kerana ia sepatutnya sudah sebati dalam jiwa setiap rakyat.

"Malangnya kita masih lihat diskriminasi dan polarisasi kaum. Persepsi ethno-sentrik masih menebal bahawa orang Melayu adalah kaum yang dominan dan hak mereka perlu dilindungi serta orang bukan Melayu selama-lamanya dianggap orang asing, kata Sharyn yang bekerja sebagai pakar pemuliharaan.

"Untuk konsep 1Malaysia berjaya, kerajaan harus menghentikan amalan politik perkauman. ia meletihkan.... sehingga sekarang kita diwajibkan mengisi "bangsa" kita dalam setiap borang," kata beliau. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list