Rakan WARTAMAYA

Friday, October 9, 2009

Cerita biasa musim pilihanraya

Anggota Pengasas PKR Keluar Parti Dan Sokong BN

PORT DICKSON, 9 Okt (Bernama) -- Salah seorang anggota pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khamis malam mengisytihar keluar parti bersama 63 anggota PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Abdul Manap Shahardin dan rakan-rakannya itu, yang keluar PKR kerana kecewa dengan parti tersebut yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang mempunyai pemimpin yang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka sendiri perjuangkan.

"Saya bukan nak buruk-burukkan (pemimpin parti ini) tetapi inilah realitinya," katanya pada satu majlis ringkas mengenai pengumuman beliau dan para pengikutnya itu di sini yang turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. - + selanjutnya


Jangan ada yang 'terkejut BABI' bila dengar cerita cam ni.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list