Bagan Pinang petanda keputusan PRU 13
OKT 5 — Hari penamaan calon pada 3 Oktober di Bagan Pinang, Negri Sembilan menyaksikan pertandingan satu lawan satu diantara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (Pakatan). BN diwakili oleh bekas MB Negri Sembilan, Tan Sri Isa Samad. Manakala Pakatan pula diwakili oleh calon dari PAS, Zulkefly Omar.
Ribuan penyokong kedua-dua pihak membanjiri pejabat daerah Port Dickson sejak awal pagi bagi memberikan sokongan kepada calon-calon mereka. Pemimpin-pemimpin BN dan Pakatan tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan kepada calon masing-masing.
Bagan Pinang dimenangi oleh BN dalam pilihanraya umum (PRU) ke 12 lalu dikawasan parlimen Teluk Kemang yang tumbang ketangan calon PKR, Datuk Kamarul Baharin. Ertinya, kerusi Bagan Pinang boleh dikatakan kubu kuat kepada BN.
Manakala Pakatan turut mempunyai kelebihan oleh kerana kerusi Parlimen Teluk Kemang berada dalam kekuasaan mereka. Dalam sejarah pilihanraya kecil (PRK) selepas PRU 12, Pakatan hanya berjaya merampas kerusi BN sekali sahaja di kerusi parlimen Kuala Terengganu. - + selanjutnya

0 comments:
Post a Comment