Tiada p'raya kecil di Kota Siputeh
[...] Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.
Bagaimanapun, Abu Hassan telah menjelaskan bahawa beliau mempunyai sijil cuti sakit pada hari yang beliau tidak dapat hadir.
Abdul Isa bagaimanapun sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hassan bahawa beliau sakit dan menolak permohonan maafnya.
Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dalam mesyuaratnya hari ini, sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama. - + selanjutnya
Anak Tok Moh bulan lepaih tak mai sekolah. Bila cikgu tanya pasai surat MC, Tok Moh jumpa anak pak penakan nya yang jadi doktor, dia pun mintak surat MC backdated. Lepaih tu cikgu mai tanya, "Pakcik .. kalau anak tak mai, tak dak surat pun tak pa. Tapi kena la talipon. Skarang ni masing masing dah ada talipon."
Ishkkk ..cikgu la ni macam macam tanya.
0 comments:
Post a Comment