Teng, Santiago 'serang' Hasan
KLANG: Pesuruhjaya PAS dan ahli Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sengaja menumpukan kepada isu remeh-temeh di negeri itu sebagai percubaan untuk merosakkan reputasi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pentadbirannya, dakwa Speaker Selangor, Teng Chang Khim.
Malah Teng dalam serangan paling pedas ke atas Exco dari PAS itu berkata, Dr Hasan cuba untuk menggambarkan Khalid sebagai seorang yang tidak cekap, tidak tegas dan tidak berkemampuan dalam melaksanakan tugasnya.
Menurut Teng, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan beberapa bulan kebelakangan ini menunjukkan yang beliau mahu menyusahkan Khalid dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Dan ini dilakukan oleh Dr Hasan secara terancang dan sistematik, kata Teng lagi.
Beliau menambah, Dr Hasan pada mulanya membantah pelantikan Low Siew Moi sebagai pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), diikuti dengan tindakan mengeluarkan kenyataan meminta Khalid menjelaskan berhubung dakwaan pembelian lembu bagi kawasan parlimennya menggunakan wang kerajaan negeri dan penggunaan kenderaan peribadinya sebagai kereta rasmi Menteri Besar. - + selanjutnya
berkaitan

0 comments:
Post a Comment