Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 2, 2009

Sam cabar Gedung Kartun bawa KDN ke Mahkamah

Hishammuddin Hussein mencabar majalah humor politik Gedung Kartun membawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke mahkamah jika tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Menteri dalam negeri menegaskan, serbuan dan rampasan dibuat terhadap majalah itu, awal minggu lalu, kerana ia diterbitkan tanpa permit daripada kementeriannya.

"Sebab tidak ada lesen dan belum diberi permit. Dan melakukannya tanpa kelulusan, bercanggah dengan undang-undang sedia ada. Mereka kena jawab," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

"Kalau mereka merasakan tindakan kita (KDN) salah daripada undang-undang, mereka berhak membawa KDN ke muka pengadilan." - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list