Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 3, 2009

Protes Kuil: Laporan Polis terhadap Hishamuddin

[...] Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno itu didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri, kerana telah campurtangan siasatan polis apabila membuat pertemuan dengan kumpulan protes mengarak kepala lembu 28 Ogos lalu sedangkan lembu adalah dianggap suci di dalam agama Hindu.

Laporan itu akan dibuat di balai polis IPD Petaling Jaya (PJ New Town) jam 12.30 tengahari ini.

Semalam Xavier Jayakumar meminta supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipecat atau letak jawatan dari Kabinet selepas Menteri Dalam Negeri itu dilihat menyebelahi kumpulan yang terlibat dengan demontrasi kepala lembu minggu lalu.

Selain Xavier, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut mencabar Menteri Dalam Negeri itu bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu. - + selanjutnya
Share/Bookmark

5 comments:

Yong September 3, 2009 at 12:29 PM  

Andai lembu itu bukan suci pada anggapan agama Hindu pun, ia tetap perbuatan yang keterlaluan. Lembu itu makanan bagi umat Islam. Patutke kita yang beragama Islam memijak2 kepala lembu yang telah kita sendiri sembelih? Dah tu pulak, ia dilakukan dalam bulan Ramadhan.

Jangan salahkan anak2 kalau mereka nanti sepak nasi dalam pinggan sebab tak puas hati dengan tindakan ibubapa.

Anonymous,  September 3, 2009 at 2:56 PM  

demontrasi oleh lembu dan orang yang menjadi lembu UMNO....

sasha2020,  September 3, 2009 at 3:50 PM  

Jangan tengok kepala lembu. Tengok apa yg EXCO-ExCO Selangor dah buat. Ini perumpamaan yg hendak dibawa oleh orang yg berdemo tu iaitu EXCO-EXCO tu semua bodoh macam lembu.

sasha2020,  September 3, 2009 at 3:52 PM  

Dulu bila ketua AMK Selangor bawak lembu sekor ke Pejabat SPRM sebagai simbol bantahan dan cuab nak perli SPRM, tak ada pulak orang nak kisah. Masa tu orang memang tak kisah sangat pun sebab yg bawak tu pun bodoh macam lembu.

Anonymous,  September 3, 2009 at 11:42 PM  

aduii adik badik ku sa-kalian.. awat gado-gado ni, tak bek tau..tuhan mara.. umno ke pas ke PKR ke DAP ke ape ke sape ke jangn le gado-gado..

Anggap je yang kena pijak tu kepala depa sendiri atau pun kepala bapak depa atau kepala nenek depa sendiri..

kepala lembu? kepala tuhan hindu? isyh isyh.. tak yah la nek bangkitkan sentimen agama.. sebab kita anggap je tu kepala bapak tukang pijak tuh.. lg pun mane ade agama yang kepala tuhan-nya boleh main cabut2 plak..isyh,tak rasional langsung..

err salam ramadhan..

Blog list