Rakan WARTAMAYA

Friday, September 4, 2009

Polis beri amaran jangan hadir upacara nyalakan lilin protes insiden 'kepala lembu'

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan petang Jumaat memberi amaran keras kepada orang-ramai supaya tidak menghadiri upacara menyalakan lilin yang dijadual akan diadakan petang Sabtu sebagai memprotes insiden kontroversi kepala lembu yang dibawa oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan SUK Negeri Selangor baru-baru ini.

Musa berkata, perhimpunan menyalakan lilin itu adalah satu perhimpunan haram tanpa permit dan tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengambil bahagian.

“Siasatan berhubung insiden ini masih dalam siasatan polis dan pada pandangan pihak polis tidak ada keperluan untuk mana-mana pihak menganjurkan apa-apa aktiviti berbentuk perhimpunan mengenainya,” ujar beliau selepas menyaksikan penyerahan 6,414 bungkusan kuih Hari Raya Aidilfitri daripada Persatuan Keluarga Anggota Polis. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list