Perak : Kaji kelewatan saguhati bilal, siak
Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengkaji masalah kelewatan pembayaran saguhati khas sebanyak RM500 kepada bilal dan siak di negeri ini yang sepatutnya dibayar sebelum Aidilfitri, kata Pengarahnya Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.
Beliau, yang kesal dengan kelewatan pembayaran berkenaan, memberi jaminan masalah sebegitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan menafikan kelewatan berkenaan bermotif politik.
Sheikh Mohamah Nor berkata JAIP menerima waran daripada Pejabat Kewangan Negeri bagi pembayaran saguhati itu pada 9 Sept lepas dan mengagihkan kepada Pejabat-pejabat Daerah pada 11 Sept.
"Pejabat Daerah pula diarahkan untuk memproses segera bayaran tersebut ke dalam akaun setiap masjid pada 16 Sept 2009. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment