Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 22, 2009

Pengundi Pos Bagan Pinang: Menangkan Pakatan

[...] Saya disini mengandaikan bahawa para pejuang keselamatan negara yang bakal mengundi secara pos di Bagan Pinang, Negeri Sembilan ini tidak terkecuali daripada bersetuju bahawa mereka turut melihat pelbagai jenis kezaliman; sama ada yang mereka rasai sendiri, mahupun yang mereka lihat yang ditanggung rakyat yang lain.

Gaji asas golongan keselamatan adalah dibawah paras kemiskinan yang telah dikaji oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Secara amnya, garis paras kemiskinan negara adalah separuh daripada jumlah pendapatan negara di Malaysia, iaitu RM1,500. Pakatan Rakyat telah berjanji melalui manifestonya pada 2008, bahawa Pakatan Rakyat jika menguasai Kerajaan Persekutuan, akan memastikan bahawa gaji minima bagi mana-mana majikan, kerajaan atau tidak, akan memberi gaji asas kepada para pekerjanya sebanyak RM1,500 sebulan.

Kita dapat lihat sendiri berapa ramaikah diantara kenalan kita, khasnya yang di dalam Pasukan Keselamatan, yang memperolehi gaji lebih rendah daripada itu.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list