Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 22, 2009

MB - Speaker Selangor jawab Khir

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim menyangkal dakwaan Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Dr. Muhamad Khir Toyo bahawa wujud rebutan kuasa antara beliau dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di sebalik isu Selcat sekarang.

"Saya tidak berkuasa... saya cuma Speaker sahaja... itu saja," kata Teng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang berhadapan dengan kritikan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pembangkang peringkat negeri sejak minggu lalu.

"Saya tiada kuasa untuk melantik Exco, saya tiada kuasa mengetuai majoriti anggota di DUN, saya tidak melantik ketua-ketua syarikat kerajaan negeri..," kata Teng sambil menegaskan, Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sengaja mahu mencetuskan masalah dan mengeruhkan hubungan beliau dengan Khalid.- + selanjutnya

Ada yang masih percaya Khir Toyo ke?
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list