Mahathir teruskan usaha pengaruhi Bagan Pinang
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan lagi usaha mempengaruhi keputusan pemilihan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan.
Mahathir menegaskan Umno harus memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang, lapor agensi berita Bernama.
Kenyataan beliau itu boleh dilihat sebagai menolak pencalonan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, kenyataan kali kedua selepas kenyataannya menggesa Isa tidak dicalonkan di Bagan Pinang.
"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya," Mahathir dilapor berkata. - + selanjutnya
Burp ! ... (mabuk arak)
0 comments:
Post a Comment