Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 9, 2009

Konco Khir Toyo disingkir PR mengawal sumber negeri


Abd. Karim bin Munisar yang menguasai Kumpulan Darul Ehsan Berhad, sayap pelaburan Selangor bagi pihak Barisan Nasional, semakin tersisih. Dua syarikat tersenarai, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd, telah merombak jawatan Abd.Karim, memperlihatkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan menguasai sepenuhnya sumber ekonomi negeri ini.

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd telah mengeluarkan kenyataan di Bursa Malaysia, mengumumkan pertukaran jawatan Abd.Karim dari Pengerusi Eksekutif kepada Pengerusi Bukan Eksekutif, mulai semalam.

Ringkasnya, Abd Karim yang dilihat sebagai orang kepercayaan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo (gambar kanan), telah dikosongkan kuasanya. Malah, Abd.Karim dijangka akan mengalami nasib yang sama di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list