Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 9, 2009

Peruntukan Masih Diluluskan Walaupun Dewan Sudah Dibubarkan

[...] Dalam sesi 4 jam itu, Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim mempertikaikan tindakan Pejabat Daerah Klang meluluskan 668 permohonan di 10 kawasan DUN pada 13 Februari lalu, walhal pada tarikh itu, dewan negeri sudah pun dibubarkan.

Menurut Teng, Bakhtiar juga meluluskan 22 permohonan peruntukan pada 3 Mac 2008, sedangkan pada masa itu kempen Pilihanraya Umum ke-12 sedang berjalan.

“Nampaknya tidak begitu lancar kerana kami tidak dapat jawapan yang benar, jawapan yang munasabah umpamanya saksi tidak mahu memberi komen sebagai seorang pengawal kewangan terhadap cara pengurusan peruntukan tersebut yang begitu nyata luar biasa di mana peruntukan untuk 12 bulan dihabiskan dalam tempoh satu setengah bulan”, kata Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas mempengerusikan Sesi Pendengaran Awam SELCAT Kedua di Bangunan Annex, Shah Alam tengah hari tadi.

Saksi pertama hari ini, Baktiar cuba berdolak-dalih apabila Teng bertanyakan tempoh proses kelulusan bagi setiap permohonan ADUN Barisan Nasional daerah Klang.

Teng terkejut apabila Bakhtiar memberitahu, bagi projek-projek kecil di bawah 20 ribu ringgit, boleh diluluskan dalam tempoh 2 hingga 3 hari mengikut keperluan setelah bukti kerja dikemukakan kepada mereka seperti gambar sebelum dan selepas kerja, resit dan voucher pembayaran.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list