Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 29, 2009

Jangan jadikan OSA ‘jaket kalis peluru’


TEMERLOH, 29 Sept – PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggunakan jaket kalis peluru iaitu Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dalam projek Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang (PKFZ).

Sehubungan itu, Najib diminta agar menyiasat kes penyelewengan itu secara telus dan bukan bertindak ke atas mereka yang mendedahkannya.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Yusof Embong, kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini sebuah portal berita dalam talian, Malaysia Today yang di bawah kendalian Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan dalam laman webnya sebuah dokumen kertas kabinet setebal 18 muka surat berupa memorandum daripada Menteri Kewangan berhubung dengan skandal PKFZ.

Memorandum ini dikeluarkan dengan nombor rujukan KK/BPKA/D5(Y)/540/1/1, bertarikh 22 Jun 2007 dan diklasifikasikan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list