Isa timbulkan masalah pada Umno di Bagan Pinang
Apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendapatnya bahawa bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad tidak harus dijadikan calon mewakili Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, maka bermulalah masalah bagi gabungan parti itu.
Ini kerana jika Barisan memilih juga Isa, maka rakyat Malaysia yang masih banyak menyokong Dr Mahathir akan memandang serong terhadap gabungan parti itu. Nasihat Dr Mahathir telah tidak didengar oleh Barisan sedangkan beliau tentu lebih mengetahui dan mahir dalam percaturan politik daripada pucuk pimpinan Barisan hari ini.
Tetapi jika Barisan mendengar nasihat Dr Mahathir, maka cakap-cakap politik yang timbul ialah, siapakah yang menjadi pemimpin Barisan, bekas presiden Umno itu atau Presiden Umno sekarang? Jadi apapun Barisan putuskan, ia tetap menjadi masalah dari segi pilihan calon itu. - + selanjutnya

1 comments:
sebenarnya mahathir pun sayangkan ISA... lakonan saja, calon tak bersih tidak banyak menadatangkan masaalah kepada najib
Post a Comment