Hutang UMNO punya cerita
Mahkamah benar pindaan writ saman RM2.8 juta terhadap Umno
KUALA LUMPUR; Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur membenarkan permohonan syarikat pembekal baragan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd, untuk meminda writ saman RM2.8 juta terhadap Umno berhubung kegagalan parti itu menjelaskan kos barangan dibekalkan syarikat itu pada pilihan raya umum 2004.
Hakim membenarkan writ saman itu dipinda dengan menggantikan nama bekas Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zahidi, selaku defendan, kepada pegawai awam dalam Umno, Datuk Ishak Abdul Rahman.
Hakim juga memerintahkan kos RM5,000 ditangung plaintif dan dibayar dalam tempoh 14 hari kepada Abdul Azim.
Sementara itu, hakim menetapkan 10 Septermebr ini untuk keputusan terhadap permohonan Umno untuk mengenepikann saman itu. - bharian
2 comments:
umno berhutang kepada rakyat, dulu, kini dan selamanya.....
Hutang ni bukan banyak sangat. Pemimpin UMNO memang boleh bayar. Seorang pun boleh keluar duit banyak tu. Tapi masalahnya siapa yang nak keluar? Orang itu kata orang ni, orang ni kata orang itu. Masing masing tak mahu bertanggung jawab. Akhirnya jadi hutang lapok.
Itu belum campur dengan duit janji janji projek lagi.
Post a Comment