Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 29, 2009

Hadiah Aidilfitri buat Mahathir!


[...] Ziarah menziarahi merupakan antara budi pekerti mulia yang menjadi amalan tradisi orang-orang Melayu sejak zaman berzaman.

Selain daripada amalan berziarah, umat Islam di Malaysia juga gemar bertukar-tukar hadiah, sama ada berupa kuih raya, hamper atau sebagainya. Bagi anak-anak, merekalah yang paling gembira kerana mendapat duit raya atau “angpow” dari golongan yang lebih berusia.

Justeru elok juga jika anak-anak muda, khususnya dari kelompok pemuda Pakatan Rakyat, berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana, untuk menziarahi dan bertanya khabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kunjungan dibuat bukan untuk memberi duit raya kepada Mahathir, duit tidak perlu baginya kerana wang pencennya sudah cukup menampung kehidupan beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah.

Kali ini pemuda Pakatan Rakyat digalakkan menziarahi Mahathir untuk menyampaikan hadiah kepada beliau. Hadiahnya berupa sebuah naskhah buku “Anwar on Trial : In the Face of Injustice” karya peguam Pawancheek Marican. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list