Rakan WARTAMAYA

Tuesday, September 29, 2009

Bagan Pasir : Antara Pemimpin Parti dan Orang Bagan Pasir



Hari ini 29hb, calun BN untuk Bagan Pasir akan diumumkan. Mungkin selewat-lewatnya tengahari kot? jadi ....Dapat lah kita tengok siapa sebenarnya yang diutamakan. Rakyat di dahulukan? Itu bukan slogan aku, tapi slogan 1Malaysia. Idea Mahathir atau saranan orang kampung? Mana satu jadi pilihan? Ada yang dalam dilema agaknya? Tak tidur malam, makan pun tak kenyang.

Jika ditakdirkan keputusan BN untuk TIDAK memilih Isa Samad, maka seolah olah Pemimpin yang akan turun mengundi dan bukan orang kampung. Kaedah ni mengingatkan kita zaman era Mahathir dulu. Calun calun pilihanraya akan di pilih oleh pemimpin parti. Di situ lah timbulnya istilah, 'Wakil pemimpin' dan bukan 'wakil rakyat'.Arahan mana nak ikut? Pemimpin atau rakyat sedangkan calun itu diundi oleh rakyat.

Akhirnya ... calun yang di pilih oleh pemimpin parti akan lebih tunduk pada pemimpin di banding kepada rakyat. Dan rasa meluat orang kampung pun timbul lah sehingga tsunami politik pun tercetus. "Nko senang, aku masih susah."

Kalau dulu boleh la.

BN pernah lalui zaman calun tunggul kayu. Letak tiang jamban pun bleh menang. Tu jam, rakyat pilih parti bukan calun. Tapi sekarang tidak lagi. Musim seperti itu sekarang di alami oleh PR, bukan BN. Jadi tak boleh nak buat cam tu lagi kerana rakyat akan salahkan pemimpin, sekiranya calun BN itu nanti kalah.

Apa sebenarnya yang perlu dipikir?
Kalau aku jadi pemimpin ... ahh mudahnye. "Nko pilih calun, nko kena sokong. Kalah kalu. nkorang punya salah. Bukan salah aku lagi." Hakikatnya, yang undi adalah rakyat.

Kalau ISA SAMAD tidak dijadikan calun, aku Frust menonggeng. Kalau aku frust, orang Bagan Pinang lagi la Frust.

Jom Kempen untuk Isa Samad !
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  September 29, 2009 at 7:23 AM  

Isa Samad ada caruman pada wartamaya ke?

Blog list