Apakah nasib UMNO serupa LDP?
KUALA LUMOUR, Sep 1 — Akhirnya setelah memerintah Jepun selama 54 tahun, Parti Liberal Demokratik (LDP) tumbang pada tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ). Di Malaysia Umno yang memimpin Perikatan dan Barisan Nasional telah memerintah selama 52 tahun, sama usia negara mencapai kemerdekaan, adakah ia mampu mengatasi keupayaan LDP?
Dua tahun lagi ialah 2011, begitu hampir dengan pilihan raya ke-13, suatu yang kritikal bagi Malaysia, adakah negara ini kekal memilih Barisan Nasional atau beralih ke Pakatan Rakyat. Jika diukur dengan LDP, maka masanya sampai bagi Malaysia memilih Pakatan Rakyat. Tetapi tidaklah semudah itu, tentunya Jepun adalah berbeza. Ketahanan Barisan nasional adalah lebih ampuh daripada Jepun.
Ini kerana amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Walaupun LDP memerintah 54 tahun, ia adalah sebuah parti liberal dan demokratik dalam negara yang juga liberal dan demokratik. Jepun dari satu segi telah dipaksa oleh Amerika Syarikat yang menakluk negara itu selepas Perang Dunia Kedua untuk menjadikannya liberal dan demokratik. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment