Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 30, 2009

Ahli politik 'acuh tak acuh' dibidas


JOHOR BAHRU 29 Sept. - Segelintir ahli politik dibidas kerana bersikap 'acuh tak acuh' dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sehingga sanggup meletakkan isu berkaitan bahasa dalam senarai terakhir untuk ditangani dalam perjuangan mereka.

Tokoh bahasa, Prof. Dr. Wan Hashim Wan Teh (gambar) berkata, pengalamannya mendapati beberapa penjelasan golongan akademik dan pejuang bahasa kepada orang politik umpama 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan'.

"Saya sebelum ini berulang kali memperkatakan isu-isu bahasa di Parlimen tetapi banyak yang mendengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan kerana apa yang dipentingkan ialah soal pembangunan.

"Memang pembangunan penting tetapi soal bahasa Melayu sepatutnya perlu juga diberi perhatian," katanya. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list