15,000 maklumat setahun tapi kebanyakan bukan tentang rasuah?
PETALING JAYA: Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tidak kurang daripada 15,000 maklumat daripada orang-ramai setiap tahun tetapi malangnya sebahagian besar daripada jumlah tersebut tiada kaitan dengan rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed pagi Rabu.
Beliau berkata, maklumat yang SPRM terima adalah daripada pelbagai sumber antaranya melalui surat (yang kebanyakkannya surat layang); email dan panggilan telefon.
“Kami mempunyai satu bahagian yang terdiri daripada enam hingga tujuh orang yang menerima dan menyaring segala bentuk maklumat yang disalur, dihantar dan dikirimkan kepada SPRM. Dan dalam setahun kita menerima tidak kurang daripada 15,000 maklumat daripada orang-ramai yang mengadu akan pelbagai hal,” katanya selepas menghadiri temuramah dengan webtv The Star online (www.thestar.com.my) dan The Star Online live chat di Studio V The Star di One Utama, Damansara. - + selanjutnya
Tok Moh kata .. yang sana tu sedara kita, yang sini tu kawan kita, yang depan tu anak ponakan kita, yang belakang tu cicit mak der kita, yang dulu tu .. anak makcik kita, yang atas tu .. mak sedara besan kita .. semua nya sedara kita.
Ye ke Tok Moh?
0 comments:
Post a Comment