Rakan WARTAMAYA

Tuesday, August 25, 2009

Zulkifli Noordin desak hentikan fitnah ke atas Radhzi

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin hari ini mendesak ahli-ahli Pakatan Rakyat supaya menghentikan fitnah ke atas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin dan menjadi ADUN Bebas.

"Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita," kata beliau dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com/ semalam.

Beliau berkata, Radzhi meletak jawatan dalam Pakatan kerana masalah-masalah polisi dan prinsip dan bukannya berkaitan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Menurut Zulkifli, segelintir ahli-ahli PKR menuduh Radzhi meletak jawatan kerana pelbagai sebab termasuk beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masalah disiplin dan ada yang menuduh beliau menerima rasuah sebanyak RM4 juta daripada Umno.

"Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita (Pakatan) menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai," katanya. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list