Usah guna cara samseng halang saya berkhidmat - Zambry

IPOH 17 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberi amaran keras kepada pakatan pembangkang supaya tidak menggunakan cara samseng untuk menghalang beliau menjalankan tugas terhadap rakyat.
Zambry menegaskan, setakat ini, beliau masih bersabar dan tidak terikut-ikut dengan cara ganas dan tidak bermoral pembangkang bagi memastikan keamanan di Perak.
Sambil menyifatkan perbuatan pemimpin dan penyokong DAP yang membuat kecoh pada satu majlis yang dijadualkan dihadirinya di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) hari ini, Zambry menambah, perbuatan itu menunjukkan mereka terdesak.
''Saya beri amaran keras jangan halang saya berkhidmat dengan cara (guna samseng) ini. Saya datang untuk beri perkhidmatan kepada rakyat.
''Jangan ingat saya takut atau seorang pengecut. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, saya sebenarnya telah dinasihatkan oleh pasukan keselamatan supaya tidak hadir pada majlis itu," katanya. - + selanjutnya
![]()
1 comments:
Siapa pula "king" Samseng..dengan ada angkatan polis & tentera sekali.
Ingat..ada recording YB UMNO laung "lanchiu" di dewan.
Zamry ..tengok lah sendiri. Rakyat bukan bodoh.
LimauBALI Pahit
Post a Comment