Rakan WARTAMAYA

Saturday, August 29, 2009

Umno upah,latih pelajar sekolah bencikan Pakatan Rakyat

PERMATANG PAUH, 28 Ogos: Dibayar antara RM20-30 setiap seorang. Diberikan baju 'T' yang bertulisan Pemuda Umno Kepala Batas. Dihantar ke Pahang menghadiri program bencikan PAS, DAP dan KeADILan.

Demikian antara penemuan Harakahdaily dalam siri kempen Barisan Nasional (BN) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini.

Setelah disiasat rupa-rupanya Umno mempergunakan murid-murid sekolah yang dipilih daripada beberapa buah sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk tujuan menjadi 'pasukan sorak' bagi Barisan Nasional (BN) di hari pembuangan undi Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu.

Pasukan itu dibentuk oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas merangkap Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican supaya jentera Umno dan BN nampak ramai sekaligus membuktikan sokongan pemuda terhadap parti itu telah kembali sepertimana yang terjadi di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  August 29, 2009 at 12:47 PM  

nak tipu daftar pengundi orang dah tahu, guna mat rempit pula laa... khairi cari pengaruh ....

Blog list